Saturday, 26 November 2011

Tempat Kediaman Petempatan Awal

Apabila manusia mendiami kawasan lapang, pinggiran sungai atau tasik, mereka membuat pondok dan ran. Pada asalnya pondok dan ran yang dibina adalah mudah. Lama-kelamaan mereka dapat membina pondok dan ran yang lebih baik dan kukuh. Apakah bahan untuk membina pondok dan ran?


Keistimewaan Manusia Tinggal Di Persekitaran Gua

Apabila manusia tinggal di persekitaran gua, mereka dapat menyara hidup dengan berburu binatang. Binatang yang ditangkap akan dipanggang. Mereka juga dapat memungut hasil hutan dan pucuk-pucuk kayu. Gua yang sedia ada dapat dijadikan tempat berlindung daripada hujan dan panas dan ancaman binatang buas.
 

Jenis Petempatan Awal Manusia

Manusia Hidup Berpindah-randah
Mereka berpindah-randah untuk mendapatkan sumber makanan.Mereka memperoleh makanan dengan cara memungut hasil hutan seperti buah-buahan dan pucuk-pucuk daun.

Mereka juga berpindah ke tempat lain untuk berburu binatang. Mereka makan daging binatang. Kulit binatang dibuat pakaian dan alas tempat tidur. Tulang binatang pula dijadikan senjata.

Walaupun begitu, mereka juga berpindah apabila ada kematian. Mereka beranggapan bahawa tempat itu tidak lagi sesuai dijadikan tempat tinggal. 

Friday, 25 November 2011

Aktiviti

Tajuk: Silang Kata Petempatan Awal Manusia.
Tujuan: Mengenal pasti corak petempatan awal manusia.

Jawab teka silang kata di bawah.
1)Aktiviti petempatan awal manusia di kawasan lapang.
2)Perkataan berlawan bagi binatang peliharaan.
3)Manusia zaman dahulu tinggal di situ bagi memudahkan mereka   
   mendapatkan sumber air. 
4)Lokasi petempatan awal manusia yang membolehkan mereka 
   bercucuk tanam. 

5)Contoh lokasi petempatan awal manusia di kawasan lapang.
6)Contoh lokasi petempatan awal manusia di pinggiran tasik.
7)Antara lokasi petempatan manusia yang paling awal pada zaman 
   dahulu.
8)Sumber makanan bagi manusia yang tinggal di pinggiran sungai.

Thursday, 24 November 2011

Membandingkan dan membezakan 2 jenis petempatan awal manusia


 Gua merupakan petempatan awal yang terbentuk secara semula jadi. Gua merupakan sebuah lubang besar dan dalam di sesebuah kaki bukit. Biasanya gua terdapat di pedalaman yang berhutan. Gua adalah kukuh.

Bagi petempatan awal ini, manusia zaman dahulu membina pondok di pinggiran sungai. Pondok dibina dengan menggunakan batang pokok dan daun-daun pokok. Akar pokok digunakan untuk mengikat tiang. Oleh itu, binaan pondok kurang kukuh.

Friday, 4 November 2011

Membina Model Gua

Bahan : Gam, surat khabar lama, penapis, papan dan baldi yang berisi air.

Langkah:
1)Rendamkan surat khabar lama yang dikoyak ke dalam baldi yang berisi air.

2)Menapiskan surat khabar lama dengan menggunakkan penapis.

3)Meletakkan surat khabar lama di atas papan dan juga meletakkan gam yang secukupnya.

4)Mula membina model gua.

5)Model gua telah siap dibina.

Selamat mencuba !


Monday, 31 October 2011

PERKEMBANGAN CORAK PETEMPATAN MANUSIA

A) SEJARAH AWAL PETEMPATAN MANUSIA
Pada zaman dahulu, manusia hidup secara nomad. Mereka hidup dalam kelompok keluarga atau secara kumpulan. Petempatan awal mereka adalah di dalam gua, persekitaran gua, kawasan lapang, dan di tepi sungai atau tasik.

Persekitaran Gua
Pada peringkat awal, manusia telah memilih persekitaran gua sebagai tempat tinggal. Petempatan ini sesuai kerana terdapat pelbagai tumbuh-tumbuhan dan binatang yang boleh diburu sebagai sumber makanan. Gua yang terdapat di situ pula dapat dijadikan tempat tinggal dan perlindungan.



Kawasan Lapang
Manusia zaman dahulu juga tinggal di kawasan lapang. Mereka mula bercucuk tanam. Mereka juga masih berburu binatang. Mereka telah membina pondok-pondok sebaga tempat tinggal. Pondok dibuat daripada batang pokok dan daun-daun pokok.





Pinggiran Sungai atau Tasik
Selain persekitaran gua dan tanah lapang, petempatan awal manusia ialah di pinggiran sungai atau tasik. Mereka boleh mendapatkan sumber air. Selain berburu binatang liar dan memungut pucuk-pucuk daun , mereka dapat menangkap ikan.